Thursday, 4 June 2020

Trip to Beijing!

Assalamuaaikum and hi semua ๐Ÿ˜†. Okay, sebab sekarang ni tengah PKP and sebagai mahasiswa yang direhatkan dirumah, aku nak ambik opportunity ni utk update blog aku yang dah berkurun aku tinggalkan ni hahaha.

This time, aku nak throwback skit zaman aku sekolah menengah dulu, masa aku dgn kawan2 aku pergi lawatan ke Beijing. Okay?๐Ÿ˜† Nanti aku selit2 sikitlah ibrah/pengajaran yang aku dapat masa lawatan kat sana.

Kalau tak silap masa tu aku tgh form 5 (2014), hah kau! nak SPM tau tahun ni๐Ÿ˜‚ ada hati lagi nak berjalan-jalan. Actually, lawatan ke luar negara ni memang dah jadi routine kat sekolah aku, every year mesti ada satu lawatan ke luar negara and ditakdirkan tahun tu lawatannya ke Beijing. Aku ingat lagi, masa tu kat dalam dorm, kawan2 aku semua kecoh tentang lawatan tu. Aku pun cuba nasiblah tanya kat parents aku, boleh tak nak join lawatan tu? lagipun dah last year. Berbekalkan kecomelan di wajahku beserta suara yang mampu memujuk kalbu tu (cewah bahahaha๐Ÿ˜‚), aku pun dapatlah permission untuk pergi. Yayyyy!!

Masa tu from 5 yang pergi sikit je, yelah nak SPM kan mestilah ramai yang nak study kat rumah or pergi tuisyen. Oh ya, jadual ke Beijing tu masa bulan March, masa tu cuti sekolah 2 minggu. Aku ingat lagi, masa tu satu dunia tengah kecoh lagi tentang MH370 yang hilang tu. Berani gila kan sekolah aku๐Ÿ˜† case tengah panas lagi, tapi kitorng still pegi jugak. Takpe lah kita tawakkal je kat Allah. Alhamdulillah sepanjang kat sana, takde apa2 yang jadi. Tapi, kitorang sempat tengok tunjuk perasaan rakyat China dekat depan embassy Malaysia, masa tu kitorng dlm bas. despite of that case, kitorang punya tour guide tetap ceria and sgt appreciate kedatangan kami semua.

Meh aku share skit tentatif trip kali ni. Jadi, lawatan ni sebenarnya satu program khidmat masyarakat dimana kami akan agihkan beberapa naskah Al-Quran untuk bebarapa buah masjid sepanjang di Beijing dan adalah kami buat gotong-royong bersihkan kawasan masjid. Selebihnya, makan anginlah ๐Ÿ˜†. Kami pergi dari March 24th sampailah March 29th. Trip ni consist of 33 students dengan 2 orang guru pengiring plus suami cikgu kitorang, kiranya ada 3 orang dewasalah yang iring trip kami ni. 33 divide by 3, so sorang jaga 11 students lah kiranya.

Mula-mula, kitorang semua kene berkumpul kat KLIA dalam pkul 6 petang sebab nak check in luggage.


sebelum gerak, kita mulakan dengan bismillah
Rasanya ni kat airport Beijing



Kitorng dibahagikan into 2 groups, satu group landed kat Beijing Airport and another group landed kat Tianjin Airport. Lepas tu kitorang semua stay kat hotel in Tianjin untuk satu malam kalau tak silap. Then, the next day kitorang semua naik bas ke Beijing. Haa kat Beijing kitorang stay dekat Beijing Mingri Wuzhou Hotel.

Inilah hotel yang kami duduk sepanjang kat Beijing. 
Tianjin ke Beijing, kami guna bas (1 hr 30 min)

  
Before aku proceed, here are few tips yang aku nak share sepanjang berada kat sana:

1. Botol kosong

bawa botol kosong kemana-mana, sebab kat sana diorang tak sediakan pipe dalam tandas tau, cuma ada toilet paper sahaja. Jadi, every time nak ke toilet, aku dengan kawan2 aku akan isi air dalam botol from sink and bawa masuk toilet. Kalau nak buang air besar tu, kalau kau takde bekalan air yang ckup banyak, tahan jelah sampai hotel nanti. 

2. Survey harga

Survey dulu harga2 barang kat sana sebab ada banyak kedai yang jual barang yang sama dengan harga yang lebih murah. Dan skill tawar menawar harga tu sgt penting disini ya. Jangan terkejut kalau peniaga turunkan harga yang sangat rendah daripada harga yang initially ditawarkan sebab kadang2 dia memang sengaja letak harga yang tinggi sebab nak pancing kita dengan diskaun yang banyak tapi sebenarnya memang harga dia murah. 

Aku teringat, masa tu kawan aku dia tersangkut kat dalam satu kedai ni sebab mak cik tu tak bagi dia keluar and asyik pujuk dia untuk beli satu baju ni, mak cik tu keep on turunkan harga sebab nak pancing kawan aku beli baju tu, lepastu aku perasan muka kawan aku macam dah cuak, muka dia macam 'tolong keluarkan aku dari siniii'. So, berbekalkan bakat lakonan aku yang mantap ni aku pun acah2 mcm ada emergency and tarik tangan kawan aku keluar. Mak cik tu dibiarkan terpinga-pinga. Sorry mak cik๐Ÿ˜‚.

One of the best moment kat sini adalah, kitorang dapat witnessed one of our friends khatamkan hafazan dia dekat Great Wall of China. Amazing kan... dia khatamkan hafazan dia dekat one of 7 Wonders of the World tau haaa. Batu bata tu jadi saksi untuk semua bacaan dia ๐Ÿ˜†. Aku ingat lagi, masa tu kitorang baru habis solat asar. Hehe okay... lepas tu kami sambunglah daki Great Wall tu tapi aku tak sampai check point yg dapat medal tu, gayat lahh. hahahaha. 




Okay, kita kembali ke cerita asal. Sepanjang kat sini, ada beberapa tempat yang kitorang pergi contohnya, Great Wall of China, Forbidden City, Tiananmen Square, The Summer Palace, Silk Street, Russian Market and Chaoyang Theatre (masa ni kitorang tgok motorcycle stunt, ada kat youtube tau!). Masjid yang kitorng pergi pulak, Grand Mosque Tianjin, Dongsi Mosque and Fayuan Mosque.

Ni gang ladies kat Dongsi Mosque dgn tok imam 
Ni kami bagi beberapa naskah Al-Quran di Fayuan Mosque.



Ni dekat Great Wall of China

Kami di Jade Factory

It was a wonderful trip with bunch of amazing people๐Ÿ˜†. I enjoy the trip very much. Rindu kat diorang sangat2. Sekarang ni semua dah besar dah, dah bawa haluan masing2. Ada yang dah grad pun. Apa2 pun good luck in your life and jangan pernah give up untuk capai impian masing2 ya! Okay itu sahaja untuk blog kali ni. Bye!

No comments:

Post a Comment